FOLLOWER

Wednesday 23 January 2013

Mudahnya seorang wanita masuk syurga..





1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya..


SEMOGA BERSAMA-SAMA KITA INDAHKAN IMAN KITA..  






Tuesday 22 January 2013

Wanita atau Betina??

Assalamualaikum.....

mesti nk tahu kan pe cer dalam topik kite hari nie iaitu wanita atau betina??saya nk story sal nie sbb saya terbaca artikal tentang tajuk nie..just nk share la...La ni macam2 laman sosial yang ada untuk berhubung dengan rakan2 yang dah lama xjumpe,mencari kawan/teman dan ada gak yg cari jodoh seperti twitter,facebook,myspace and macam2 lah lagi....alat penghubung nie banyak manfaat nye...terutama nye nk cari kawan2 yang dah lame xcontact time skul rendah,tadika and so on..So,dengan terciptanya benda alah nie,banyak masalah pulak...ada yang salah gunakan plak..contohnya melayari page2 yang 18 XX ke bawah lah biasa nya...

so,petang yg redup ni saya nak share lah hukum2,pantang larang dalam laman sosial ni...disebabkan terlalu banyak gejala sosial berlaku nie,sedarkan diri saya sendiri juga then kite2 sume..selagi termampu kita elak,elak kan.."manusia x kan lari dari melakukan dosa"...

Perkara yang biasa kita lakukan di laman sosial seperti di Facebook, adalah update status,upload gambar dan sebagaiya..Tahu kah anda bahawa kesemuanya adalah melibatkan aib dan maruah seorang wanita??

Aurat juga dalah perkara yang sangat penting untuk kita jaga kerana aurat juga aib kita..walaupun seorang perempuan itu memakai tudung tetapi gaya menggoda juga dikira membuka aurat...
sebagai seorang perempuan yang bernama wanita solehah,tidak akan membuka aib nya..Menulis status yang idak mendatangkan manfaat juga dikira aib..Antara contoh-contoh status yang di post:

1) Rindunye kt b...bla nk jumpa lg ye b...semlm jumpa xpuas larr...rinduu...:

(2) Yeay!!! Td jumpa my hubby!! belanje kiter cekelat...sukenye!! sukenye!!

3) Alahai...si dia x on9 la...ermm off9 la...ingat nk chatting dgn si dia...

4) Thanks my sweetheart coz bg hadiah besday cayang!! love u ketat2!!..:)

Hukumnya HARAM jika kita memuat turunkan gambar yang tidak menutup aurat.... Dan setiap apa yang kita tulis dibaca beribu-ribu org, berpasang-pasang mata...Seolah-olah menunjukkn aib sendiri...Buka minda, buka mata, buka hati...Fikirkanlah seolah2 anda m'bawa nama ibu bapa anda, maruah anda, maruah ibu bapa anda,,,,

(Harap Maaf Jikalau kata-kata ini tidak menyenangkan segelintir para sahabat)

fokuskn kata-kata untuk KAUM HAWA sbb HAWA kaum yangg lemah dan dihormati...Jadilah WANITA jgn jd BETINA...Wanita x ternilai dgn wang ringgit sekalipun..WANITA SANGAT ISTIMEWA.

Sesiapa yang berjihad kerana Allah s.w.t,maka ganjaran lah yang kita kan peroleh..Amalan yang kita lakukan,akan dikira di akhirat kelak...

FACEBOOK boleh jadi , tempat menambah DOSA apabila :
- simpan gambar seksi / tidak menutup aurat..
- tempat mengumpat / mencaci / fitnah..
- post status tentang aib orang lain / fakta yg menipu orang..
- wall - to - wall tentang keburukan orang lain..
- marah-marah dalam post atau komen..
- sibuk berFB hingga melalaikan SOLAT..

FACEBOOK boleh jadi, tempat menambah PAHALA apabila :
- bercerita tentang ilmu agama..
- saling bertukar ilmu pengetahuan yg baik..
- saling bertukar pendapat tentang perkara kebaikan..
- saling nasihat menasihati ke arah kebaikan..
- share postingan orang lain yg memberi manfaat kepada kebaikan..
- menyiarkan gambar atau video yg memberi manfaat kepada pengguna facebook.


"wanita solehah diibaratkn spt sebutir mutiara yg terlindung di dlm cangkerangnya sendiri..suci dan bersih tanpa dikotori atau dsentuh..selagi mutiara itu terlindung di dlm cangkerangnya selagi itu ianya mempunyai nilai yg tinggi..wanita solehah amatlh tinggi nilainya dlm Islam andai muslimah itu tahu memagari batas-batas pgaulannya, tahu adab sopan sbg seorang muslimah, senantiasa menjaga penampilan mengikut hukum Allah SWT...MAsyaAllah...beruntunglah kamu wahai solehah..perhiasan yg tiada tolok bandingnya....=)






Monday 21 January 2013

Mimipi-mimpi Rasulullah S.A.W

Hello!!! Good Morning to all blogger and my new readers..This morning I must speak in English!!! likes Oh My English programme....Just try speak in simple words but I must try to speak in English although it's broken English and have rojak2 larh...hahaha....

Sebenarnya,hari nie kami sebilik dalam rumah sewa nie kena cakap bahasa orang putih....so,just try an error jew larh...terbolit2 lidah nk nyebut..but we can improve our grammer and confident level...The rules is,kalau sesiapa yang speak in MAlay walaupun in few words,my others roomate and I must pay it 20 sen each words...Giler!!haha...

Ok!! this morning i'm glad to share with you all about "Antara Mimpi Rasullulah S.A.W."...ok2!! stop talking in English..kembali ke asal....speak in Malay...hihi...saya mengambil artikal nie dalam 1 Group yang sentiasa berkongsi tentang keagamaan..so,pagi nie kita bersama2 tambah ilmu ckit dlm bab2 agama....saya cuma nk share apa yang saya mampu dan tahu walaupun  i'm just copy that article...but ilmu tue perlu disebar2 kan supaya semua tahu dan menghayati nye...Selamat Beramal..

xoxo..

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

ANAk DerHAka_zaman KIni

Assalamualaikum..selamat petang semua..terasa perut nie lapau nau plak..nk2 cuaca redup jew...Bunyi perut bagai kan bunyi lagu Rock dah nie.....sambil2 kita makan,jom kita story2 tentang anak derhaka..bunyi nye macam menakutkan kan??kita anak2 termasuk saya juga tidak lari dari membuat kesalahan...nk2 time mak/ayah mintak tolong...."Jemah,tolong angkat kain,hujan dah turunn,"..kata emaknya..anak pun mula meluahkan kata2.."ahhhh/issshhh..kejap lah mak,Jen ada kerja nie nak kene buat.esok cikgu nk suruh hantau kerja matematik nie..,"..kata Jenab..Padahal bkn buat kerja pun..tengah update status kt FB...

Kata-kata yang kita keluarkan nie kalau lah menyinggungkan hati mak kite,dapatlah DOSA FREE kat kita nie...nak2 berhengus macam cik Jen tadi..nama Jenab,tapi nama glamournye Jen lah konon nye...xsedau diri....

Petang nie saya nk share 1 cter sentap lagi sedih nie....saya ambil dari 1 page nie..just nk share....


semoga cerita nie jadi pengajaran dan pembelajaran eak..sama2 la kita sayangkan ibu bapa kita..

Kisah Anak Derhaka(Sampai Hati Buat Ayah Macam Ni)

Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh(namanya dirahsiakan)…Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman perumahan tersebut…..


Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini.


“Masih saya ingat lagi ustaz…. bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini… yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi


“Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..sambil melemparkan senyuman kepada dirinya…sebagai jiran kepada anaknya itu.Setelah bersalaman dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya..dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.


Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si ayah ini merungut…katanya “Ayah…kat sini tak ada tilam..la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!” kata anak gadisnya merungut manja…sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.


Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab “nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah habis…. beli kelengkapan kamu…kita bukan orang senang…”
“Ok lah ok lah…tapi ayah beli cepat sikit tau…nanti macam mana along nak belajar..tidur tak selesa….nanti tak boleh tidur….haaa..ganggu prestasi along..!!”
Ye la…ye la…..nanti ayah beli lah….”


Sebulan telah berlalu…si ayah belum lagi nampak ..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan…mungkin..sedang kumpul duit nak beli tilam agaknya…maklumlah kerja kampung bukan orang senang….rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai…satu rumah duduk lapan orang.
“Apa yang tak seronoknya ustaz ialah….budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu…pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan
tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki…ada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta….
“Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur dah….tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu…pakcik ni sapa?…bapak diorang ke ..????” terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi…..”Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam….gerun saya ustaz….!!”
“Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama…tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara ustaz…risau saya ustaz…apalah upaya saya ustaz…”


“Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya…maklumlah orang sedang bercinta..bercouple…mak bapak pulak jauh ..jadi line clear…ustaz..kadang-kadang tengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya..entah lah..sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup baik.”
Suatu petang ustaz….sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya….ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya….dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu….sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornya…kerana tilam kekabu itu berat…..kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir laju…terdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil anaknya..tetapi tiada sahutan…sunyi…kerana hari itu hari cuti…ada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe mereka…termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.


“Saya pun keluar dari rumah….lalu memanggil si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya dahulu…bebudak ni tak ada mereka keluar agaknya…”kata saya kepada si ayah .”

“Ke mana mereka pergi….agaknya…keluar ramai-ramai ke.bila balik agaknya.?” tanya ayahnya…bertalu-talu…saya hanya mendiamkan diri….lalu saya berkata kepada si ayah…tak mengapa bang…rehat dulu..abang letih tu datang dari jauh….bawak masuk motor abang tu ke dalam laman rumah saya….”

Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain…nak balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan senang nak datang balik…..si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.


Si ayah menunggu…sehinggalah waktu maghrib telah masuk….si anak masih tidak balik lagi….saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian saya menjamunya makan malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya …lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas toto…takut kesihatan anaknya terganggu.
Sedang kami duduk menunggu anaknya….yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu….tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu…..lalu bertanya kepada saya…”Anak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?”

Saya hanya terdiam…tak terkata apa-apa….lalu saya menjawab…”beginilah bang..abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya.”

Si ayah semakin risau……dan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu.Tepat pukul 2.15 pagi…barulah anak gadisnya pulang..dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra…pakwenya….berhenti di depan rumah sewa
Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenya…sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya,..itu….mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah..tanpa menyedari…perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua….


Mereka berpegangan tangan..sambil ketawa….bergurau….dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium bibirnya…!!!Subhanallah….saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya…tetapi saya tahan….kata saya kepada ayahnya..:”Jangan bang…sekarang dah pagi…jangan mengamuk tengah ni nanti..abang yang dapat malu…biarkan budak lelaki itu balik dulu”.


Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itu…barulah budak lelaki itu pulang…si gadis itu pun masuk ke rumahnya…..
Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya…dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya..seolah-olah dia baru sampai…lalu dia memanggil nama anaknya….Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu…sambil katanya..:”hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni…..tak boleh tunggu besok..?


Si ayah terus meluru lalu menampar…muka anak gadisnya…menjerit-jerit…marah..”Oooo…..buat apa datang pagi buta ye….kamu tahu tak… aku sampai sejak dari petang tadi..menunggu kamu…bawakkan tilam untuk kamu…..jenuh aku tunggu kamu….ni ha…pakcik ni yang tumpangkan aku..rehat..sembahyang …makan…..aku datang dari jauh letih…sebab risaukan kamu…sayangkan kamu..tapi kamu…keluar sampai jauh malam….dengan pakwe kamu ye…dah la tu kamu bercium beromen depan aku..anak tak tahu diuntung….aku malu tau tak…maluuuuu….anak kurang ajar..anak derhaka….anak tak mengenang budi…..aku jaga kamu….aku tatang kamu macam minyak yang penuh….macam ini balasan kamu…macam ni balasan kamu..pada aku..haaaa!!! anak ****……..berdebub…gedebab….kali ini saya lihat dia terajang anaknya ustaz…..saya masuk ke dalam rumah dan memegang si ayah dan memintanya mengucap….beristighfar….bersabar……….


Anak gadisnya…menangis meraung…merayu…memohon keampunan…..hu hu hu ayahhhh…ampunkan alongggg….huwaaaaa…ayah alongggg salah …along berdosa dengan ayah…..hunhuuuuuu…….!!Kau memang anak celaka…..memalukan keluarga…orang tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat….tadi..mak kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu…aku tak bagi tau tak…. sebab nak bawak tilam ni….kamu tau tak tilam ni berat….tilam kekabu…aku bawak dari kampung jauh….terhoyong hayang aku..bawak motor…tadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori..tau tak…??

Kata si ayah sambil menangis…….suasana pilu…..saya juga menitiskan air mata….sedih melihat ayah yang separuh abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.“Sudah..kau kemaskan barang….pagi ni jugak balik ikut aku….balikkkkk…ikut aku…cepatttt,………kata ayahnya….


Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu…Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya…kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.
Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya,….dengan membonceng motor…tetapi bukan di belakang pakwenya…tetapi dibelakang bapaknya……kesiannn ustaz…kesiannnn……




Sunday 20 January 2013

Hari-hari KAmi GeMbIra

Assalamualaikum....

the moment apabila ada HARI FOTOGRAFI..memang kami nie pantang jumpa kamera then ada orang amik pictures kami....Waw..!!! excited lebih....Sesi fotografi nie kami bergabung dengan KOs Finance and Entrepeneurship....Semua muka tak menahan....kteorg diberi masa just 7 saat untuk buat free style...Dan ini lah muka2 limited dan paksaan...haha....



xoxo....

Saturday 19 January 2013

Cinta monyet vs Cinta selepas Kawin

Salam petang semua...huh..sekarang nie musim panas kan....kadang2 hujan....menyebabkan ramai yang demam..dan mula mencari alasan untuk ponteng kuliah..haha....petang ni jom kite bergosip tentang "CinTA"....wahhh..mesti seronok kan bagi sesiapa yg sedang dan dalam bercinta ni...seperti di awang-awangan gitu.....Cinta nie xleh nak kita tafsirkan dengan kata-kata...siapa sekarang ada boyfrend??angkat kaki skrg....bek2..naty jatoh katil..haha...

Cinta nie banyak jenis kan...ada org panggil cinta monyet,cinta pandang pertama ,cinta terakhir ..macam2 lagi lah....saya pun pernah bercinta jugak..tapi kebnyakkan nye cinta gayut ats pokok jeww...hihii.....Tapi pengalaman 2 penting taw untuk mencari lelaki yang setia,then sejati and segagah dan sekuat harimau....

Cinta nie power..macam power rangers....menguasai segala perasaan kita..kalau yang happy 2 happy la..kalau yang sedih,selalu bergaduh 2 memg sakit hati kan..nk2 bab curang2 nie..Peliks jugak la manusia nie..dah dapat yg baik xpandai nk hargai,pergi dating ngn perempuan len la,ape la..mcm2...
Paling sedih skali,bila cinta xberbalas...wahh..ini lagi menusuk hati ulam jantung...perhhh..rasa macam sambal cicah budu....Biasa lah...time bercinta kat alam sekolah ni setia bagai nk rak..sampai rak buku dlm library pon patah..Bila dah tngok dunia luar,jumpa ramai lagi perempuan,mata jadi juling dan badan2 terus jadi gatal....memg dasar x kenang jasa lah....

walaubagaimana pun,ada jugak yang  still bertahun2 sampai lah ke jinjang pelamin..Alhamdulillah la..nama nya JODOH..kalau ada jodoh xkemana...Ok..kita masuk bab jodoh nie plak...memg semua perempuan impikan lelaki idaman masing2kan??tapi pernah x kamu semua fikir,adakah dia JODOH kita???ni mesti da pening ni kan..memikirkan masa depan negara dan bangsa nie...

Orang tua2 sekarang ni x suka ank2 mereka berkapel2 time skolah ni..bkn ape,takot terjadi apa2 kat anak perempuan mereka..maklumla,kes gejala sosial ni memg banyk berlaku seperti lari dari rumah,pembuangan bayi,ponteng sekolah..jadi,mak ayah kita lebih suka anak2 dia belajauu dulu baru bercinta...Cinta monyet ni selalu berlaku mase umur 12 tahun ke atasla...ada yang banyak kali putus..ada yang xpernah bercinta...so,mana yg paling the best??cinta monyet atau cinta selepas kawen...

Ni yg xsabar nk bercerita ni..tentang bercinta selepas kawen ni...berdasarkan cerita orang ramai,cinta yang hakiki ni ialah cinta selepas kawin la...sbb cinta selepas kawin ni bagus..kita dah dikira halal...bukan xbagus cinta awal2 ni,bgus juga..masing2 ada kelebihan dan kekurangan..cinta selepas kawin ni orang kata lagi bahagia...tambahan plak xdek berlaku zina dan sebagainya...

Cinta monyet ni bkn apa..bile da lame sangat kapel2 ni,takut lepas kawen jadi bosan dan fed up...tambahan plak bnyak berlaku kes2 yg x diingini berlaku..semua tahu kan ape negatifnye...fikir2kanlah.....So,sesiapa yang xpernah kapel 2 jgn sedih2....tulang rusuk mu akan datang dan mencari kamu...iaitu cinta sejati...jodoh,ajal dan maut semua di tangan tuhan...Perbanyakkan berdoa dan memohon kepada yg satu semoga memberi jodoh yang terbaik untuk kita dan keluarga yang bakal kita bina kelak...

Ammin..In Sha Allah...

xoxo..

Doa Pilihan



'Allahuma Sakhirli Zaujan Solihan Yakhtibuni Wayatazauwajubi Wayakunu Sohiban Li Fiddunya Wal Jannah'

Maksudnya :
'Ya Allah Ya Tuhanku, pilihkan daku suami yang soleh, dia yang meminangku dan akan mengahwiniku, serta jadikanlah dia sahabatku didunia dan disyurga kelak' :)

~selamat beramal~